Friday, June 24, 2011

Puisi Visual : Mereka Hanya Menumpang Lalu


Cuma singgah sebentar.


Tumpang lalu ya. Saja nak rehatkan diri. Penat.


Erm... yang ini hijau juga. Tapi apa ya?


Yang warna hitam ini apa pula ya?


Maaf ya tumpang lalu saja.

Hidup ini hanya sementara
Hanya di sana yang kekal abadi
Semasa kita menumpang lalu di sini
Apa yang sudah kita buat?
Sudahkah kita mencari bekal?
Hanya kita dan DIA saja yang tahu.

Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

Pokok Bunga Kupu-kupu

Pokok bunga ini pemberian daripada kakak ipar. Sejujurnya saya memang mahukan pokok bunga ini, kerana keunikannya. Seawal pagi daun dan bunganya akan kembang sehingga petang. Daunnya berwarna merah hati seakan-akan unggu gelap dan bunganya berwarna putih hijau. Amat cantik. Selepas jam 6 petang bunganya akan tertutup dan daunnya akan tertutup. Apabila tertutup bentuknya seperti kupu-kupu. Subhanallah. Nikmatilah keindahan ciptaan Allah ini.






Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

Thursday, June 16, 2011

Puteri Ayahanda Atiq Rayyanah `Azimin

Ini anakanda puteri ayahanda
Baik paras indah purnama
Bijak berperi senyum sentiasa
Ceria ayahanda pabila bersama


Sekecil ibu jari besar telapak
Ayahanda iqamah di kanan kelopak
Menyambut puteri moleknya dampak
Solehah hendaknya biar bertapak

Gembira ayahanda puteri membesar,
setiap gerak pantau tak sasar,
Bersujud ayahanda di atas tikar,
Biarlah berkat tapak membesar.



Lincah puteri begitu ceria,
Gembira ayahanda gelagat anakanda,
Sihatlah anakanda ayahanda pinta,
Dijauh Esa segala petaka.

Wahai anakanda dengarlah kata,
Pasti aman hidup bahagia,
Tidaklah ayahbonda dicerca-cerca,
Tak mendidik anak ayahanda.

Wahai anakanda puteri jelita,
besar nanti janganlah lupa,
Jasa ayahanda dan juga bonda.
pasti berkat hidupmu walau ke mana.

Ingatlah anakanda pesanan ayahanda,
Jadi insan berguna di hari muka,
Insyaallah berkat hidupmu bahagia.
Hormati ayahanda dan juga bonda.


Syair ini diterbitkan oleh DBP dalam majalah Tunas Cipta keluaran Disember 2012
Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

Wednesday, June 15, 2011

Puisi Visual : Warna-warni Alam di Laman Rumah di Desa Tercinta

Tataplah keindahannya.







Betapa indah bila dilihat,
Bertambah seri jika dijaga,
Pasti ceria tunjuk kelibat,
Petaka melanda hanya sementara.

Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

Menikmati Kehijauan Alam Selagi Dikurniakan Nyawa

Tahukah anda warna hijau boleh menyegarkan mata? Jadi, pandanglah kehijauan alam untuk kesegaran mata.







Damainya alam tenteram jiwa,
Memujuk diri musibah melanda,
Bersyukur hamba kepada nan Esa,
Izinkan menghirup segar udara.

Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

Buah Sebiji Yang Mempunyai Banyak Mata

Kadang-kadang apabila melihat nenas, terpandang pada diri sendiri. Satu jasad pelbagai pengalaman diperhati melalui dua biji mata. Sudah 37 tahun di dunia ini. Masih banyak amalan tidak dibuat. Ya Allah aku bersyukur kepada-Mu





Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

Thursday, June 2, 2011

Puisi Visual : Mandi Buih

Mandi buih
Jangan negatif
Inilah peluang yang amat indah bersama-sama anak tersayang
memandikannya dengan air buih yang cukup wangi dan menyegarkan
Apabila besar nanti abah dah tak boleh mandikan lagi.






Atiq Rayyanah `Azimin,
apabila dewasa nanti jadilah anak yang solehah,
boleh mandikan ibu sebelum bertemu Allah.
Begitu juga dengan abah
Sekarang abah yang mandikan Atiq Rayyanah
suatu hari nanti Atiq Rayyanah pula yang mandikan ibu dan abah
Atiq Rayyanah
abah sayang Atiq

Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

Flaura Desa

Gambar ini diambil pada 2 Jun 2011 jam 6 petang di kampung. Sementara maghrib menjelma.
Tataplah sentuhan jariku untuk kalian.











Sekiranya anda berminat untuk koleksi, hubungi sahaja saya di sini.

Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

Puisi Visual 1

Pertama bersedia dan memerhati.


Kedua melihat sasaran dan garis matlamat.

Ketiga mula berlari.

Berlari dan terus berlari.

Sampaikah ke garis penamat? Berjaya atau kalah? Teruskan berlari. Pasti kita akan sampai ke garis penamat.

Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

Wednesday, June 1, 2011

Laut, Nelayan dan Rezeki


70% muka bumi ini dilitupi LAUT. Tempat NELAYAN mencari REZEKI. Jadilah seperti binatang di lautan isinya tiada dimasin air LAUT. Jadilah NELAYAN yang begitu tabah mencari sesuap nasi dan REZEKI untuk dikongsi bersama-sama.





















Inilah khazanah Allah yang ada di LAUT diusahakan NELAYAN untuk kita menikmati REZEKI yang diraih bersama-sama. Saya suka makan Tomyam Seafood. Jom kita buat janji temu dan makan bersama-sama.

Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud