Tuesday, July 17, 2012

Karya Puisi 9


Terima kasih Mingguan Malaysia,
Puisi dicipta taklah sia-sia,
Kali pertama menghantar ia,
Tak kusangka terbit di sana.

Thursday, June 28, 2012

Aksara F


Falsafah hidup berpimpin ilmu, iman dan amal pasti aman menuju inderaloka
Firasat adalah ilham kurniaan dari-Nya bagi kita yang berilmu, beramal dan beriman
Fasih menyebut syukur
Fasih melafaz skrip teater pentas buana
Fasih lahjahnya menyebut kalam Tuhan


Wednesday, June 27, 2012

Aksara E




Esa-Nya Dia mencipta seseni halus mencetus fikrah lahir buah fikir.
Erat terjalin dengan akal dan ilmu.
Elit statusnya tidak boleh dijual dan dibeli dengan harga berbilion atau milion.
Entah kenapa apa yang ada di dalam kepala tidak diguna sebaiknya.
Ekoran rasa binasa tanpa tuntunan akal bermaya.
Elak diguna akal untuk nafsu tapi gunalah untuk ilmu.
Karya Azimin Daud
Cengal Kondominium
27/6/2012 (15:50)


Kopi dan gula


Kopi dan gula
regu yang terjelma tanpa mantera
bermula detik keselesaan
bertitik tolak terkukuh jalinan rasa
nyaman dan nikmat jadi kuncinya
mula meniti di titi kenikmatan
ada serbuk susu dan derai gula bertabur menjadi jelata
tidakku kutip derainya gula
tidakku sapu serbuk susu terpalit
melekat pada dinding cawan dan atas piring
mata melihat
tangan kaku
tanpa melakukan sesuatu
serbuk susu dan derai gula bertabur
masih sama di situ
ada serbuk susu di dinding cawan
ada derai gula di atas piring
takdir Tuhan tersisip di atas meja
secawan kopi panas
teradun
kopi dan gula

Karya Azimin Daud
Cengal Kondominium
27/6/2012 (15:50)

Sunday, February 12, 2012

Aksara D


Dedalu tepi tingkap menyaksi cahaya candelier yang bukan cahaya abadi itu menyelinap masuk ke gerbang hidup
Detak takdir sudah lama bermula lalu memimpin atma sukma ke arah kiri atau kanan
Derasnya fikrah diperah untuk memilih
Demi Allah aujab tujunya


Friday, February 10, 2012

Aksara C


Candelier bukan cahaya abadi
Cuma sementara dari geseran mancis yang dinyala
Cahaya lilin itu bukan taufik dan hidayah
Cuma cahaya penerang untuk jiwa raga hanya sementara

Aksara B


Betapa kerdilnya diri
Biarpun bakat dikurnia sebesar buana
Bukan untuk berdiri mendabik dada
Bangun dan bangkit dengan ilmu lalu berhemah

Sunday, February 5, 2012

Aksara A

Antara DIA ada langit dan bumi
Antara pahala pasti ada nafsu dan dosa
Antara aku dan DIA wujud satu ruang untuk diisi, terisi dan mengisi.

Rindu Dengan Blog Sendiri


Pernah dengar nama "YUSUF GAJAH"? Syukur saya pernah dan saya tahu sedikit sebanyak tentang beliau. Mohon izin dengan Yusufgajah kerana saya akan berkarya menggunakan gambarnya. Tahniah kepada Yusuf Gajah kerana diiktiraf oleh dunia terhadap karyanya.