Sunday, February 12, 2012

Aksara D


Dedalu tepi tingkap menyaksi cahaya candelier yang bukan cahaya abadi itu menyelinap masuk ke gerbang hidup
Detak takdir sudah lama bermula lalu memimpin atma sukma ke arah kiri atau kanan
Derasnya fikrah diperah untuk memilih
Demi Allah aujab tujunya


Friday, February 10, 2012

Aksara C


Candelier bukan cahaya abadi
Cuma sementara dari geseran mancis yang dinyala
Cahaya lilin itu bukan taufik dan hidayah
Cuma cahaya penerang untuk jiwa raga hanya sementara

Aksara B


Betapa kerdilnya diri
Biarpun bakat dikurnia sebesar buana
Bukan untuk berdiri mendabik dada
Bangun dan bangkit dengan ilmu lalu berhemah

Sunday, February 5, 2012

Aksara A

Antara DIA ada langit dan bumi
Antara pahala pasti ada nafsu dan dosa
Antara aku dan DIA wujud satu ruang untuk diisi, terisi dan mengisi.

Rindu Dengan Blog Sendiri


Pernah dengar nama "YUSUF GAJAH"? Syukur saya pernah dan saya tahu sedikit sebanyak tentang beliau. Mohon izin dengan Yusufgajah kerana saya akan berkarya menggunakan gambarnya. Tahniah kepada Yusuf Gajah kerana diiktiraf oleh dunia terhadap karyanya.