Wednesday, March 2, 2016

Mandala Sukma III


Waktu hujung detik kembali ke pangkal masa
Ada hela nafas mendengus sepi 
Hanya berteman bunyi loceng tepat 5.30 dini hari
Sedar daripada ralit kelip gelita dengan mimpi pelik
Intai rukyah dari-Nya entah apa alamat petanda
Dalangi getirku mentafsir 
Innalillah wainna ilaihi rajiun

Ada rahsia yang tak terungkai
Hela nafas itu masih mendegus sepi
Menginjak lata tunduk masih berfikir
Antara ruak getus nafsu menakluk atau ilham dari-Nya 
Demi kasih dan cinta Maha Pencipta.

Foto : `Azimin bin Daud
Karya `Azimin bin Daud
3 Mac 2016
Menara DBP



Segugus Rasa Ini


Wahai sang malam
Aku makin resah menunggu rembulan
Hanya engkau sahaja penemanku setiap malam
Siang nan bakal menjelma tidak memeteraikan setitik embun jernih
Indah entah tidak
Dampingi mentari pagi yang beru mencelik mata
Intai rembang suria membahang rona kasih

Aku makin resah
Hanya Engkau sahaja penemanku rembulan
Menanti esok yang belum pasti
Acap kali resah mendesah
Dalam dakapan gebar malam nan menusuk kalbu mulus

Foto : `Azimin bin Daud
Karya `Azimin Daud
Membilang bintang di langit desa
Air Hitam Darat, Masjid Tanah, Melaka
9.2.2016