Wednesday, July 29, 2015

Mencari Dia



Semilir berbisik
Yang asyik bersenda dengan sang bayu malam
Atma sukma yang membatu sepi pada hitam gelita
Menjadi merpati putih melihat alam dalam gelap
Intai nubari mengutip butir-butir bintang
Luluh derai rantai dek nestapa rindu semalam

Lilin bersumbu getir diharap terangi malam itu
Untuk sang arjuna yang menunggu cahaya rembulan
Terang cahaya mengulit sumbu lilin
Hanya kerana teringin meraih cinta kasih jua sayang
Fitrah menyarit sinar cahaya dan butir-butir bintang
Inap dalam diri untuk mencari Dia.

Foto : `Azimin Daud
Karya Azimin bin Daud
Detik 2.20 pagi 30 Julai 2015 sebelum mata terlelap
Cengal Kondominium

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete