Friday, December 23, 2016

Munajat Antara Dua Sujud


Ketika ralit mengutip mutiara di pantai ilmu
mengusai resah sukma dengan asmaulhusna
roh dan jasad sujud bermunajat
ampuni dosa walau sebesar biji sawi
walau setinggi jabal rahmah
biar tunduk melihat bumi dipijak
kembali jelata kehinaan
Rabbighfirli
jangan biarkan kosong rahmat-Mu
tapi biarkan sejuta rahim-Mu
menakluk jasad ketika warhamni disebut
mulus mengharap reda
tulus sempurna raih maghfirah
wajburni warfa'ni di sisi-Nya
menagih simpati sepi
tidak sesat di tengah jalan
warzukni wahdini
terpimpin dengan taubat
takut dengan dosa
sebelum tamat menyebut wa'aafini wa'fuanni

Karya Jejaka Bitara
5.30 petang
Menara DBP
Foto : `Azimin bin Daud 

Monday, December 19, 2016

Penenun Cinta


Ada resah terpapar 
ketika ralit menghitung bahagia
membilang butir demi butir tasbih zikir sukma
dengan rintih bahagia yang berbaki
masih mampu dinikmati dengan syukur
ketika bersimpuh di tubir masa
merenung benang putih kasih sebelum menjahit sayang 
pada kain sutera rindu 
oleh si penenun cinta

Karya Jejaka Bitara
Ketika menyarit cinta Ilahi
Menara DBP 20.12.2016
Foto : `Azimin bin Daud


Thursday, December 15, 2016

Lukisan


Ada tangan mulus
menadah
tanpa suara hajat
tetapi mengharap ihsan
dalam bingkai
yang tergantung rapi
di dinding biru laut
dalam kamar solat
dari renungan tajam
seorang pendeta
di tubir pintu

Karya terpelihara Jejaka Bitara
Menara DBP
Foto oleh `Azimin bin Daud
16.12.2016


Saturday, October 29, 2016

Dalam Perjalanan : Mengarang bukan di sangkar mengeram bukannya alpa


Setelah berketi alunan basmalah
bersulam hadiah tujuh ayat untuk sang kekasih
dan alam bersatu segenap petala
langit dan bumi
khatam empat rangkai zikir rahsia
sang bayu berbisik
alam bersatu 
utus seru menderu
untuk berfikir
ada getus suara
berdesing ke telinga kiri
hingga ke dini hari
bawa debar nan gelisah
diajar berdoa
zakarullahuman zakaronibilkhoir
ceritera bermula
episod demi episod
terakam dengan tafsiran
waminal wajibal walujud

Ilahi anta maksudi, waredhaka matlubi

Karya terpelihara Jejaka Bitara
Kampung Air Hitam Darat
Foto oleh `Azimin bin Daud
29.10.2016


Friday, October 28, 2016

Ku Mohon


Aku kembali sedar
dari leka alpa
dalam keheningan ini
doa
ku mohon
termakbul

seribu
tangisan resah
bonda tanamkan keazaman
perih perah keringat waja
biar jaya berjuta

raih kejayaan
biar kesampaian
membakar jiwa
janji pengorbanan
biar ditunaikan
harapan ayah bonda

redha Tuhanku dambakan jua
syukur dengan kasihnya
rindu cahaya keberkatan dari-Nya
penentu takdir

Karya : Jejaka Bitara
Penyanyi : Fadhly Samin
Album : Ku Mohon
URL : https://youtu.be/FtAtC5PS3jU
Ilustrasi : Azimin bin Daud

Wednesday, March 2, 2016

Mandala Sukma III


Waktu hujung detik kembali ke pangkal masa
Ada hela nafas mendengus sepi 
Hanya berteman bunyi loceng tepat 5.30 dini hari
Sedar daripada ralit kelip gelita dengan mimpi pelik
Intai rukyah dari-Nya entah apa alamat petanda
Dalangi getirku mentafsir 
Innalillah wainna ilaihi rajiun

Ada rahsia yang tak terungkai
Hela nafas itu masih mendegus sepi
Menginjak lata tunduk masih berfikir
Antara ruak getus nafsu menakluk atau ilham dari-Nya 
Demi kasih dan cinta Maha Pencipta.

Foto : `Azimin bin Daud
Karya `Azimin bin Daud
3 Mac 2016
Menara DBP



Segugus Rasa Ini


Wahai sang malam
Aku makin resah menunggu rembulan
Hanya engkau sahaja penemanku setiap malam
Siang nan bakal menjelma tidak memeteraikan setitik embun jernih
Indah entah tidak
Dampingi mentari pagi yang beru mencelik mata
Intai rembang suria membahang rona kasih

Aku makin resah
Hanya Engkau sahaja penemanku rembulan
Menanti esok yang belum pasti
Acap kali resah mendesah
Dalam dakapan gebar malam nan menusuk kalbu mulus

Foto : `Azimin bin Daud
Karya `Azimin Daud
Membilang bintang di langit desa
Air Hitam Darat, Masjid Tanah, Melaka
9.2.2016

Saturday, January 16, 2016

Hantaran Rasa


Warisi hantaran rasa ini
Antara semalam bersaksi kemboja di hati
Nian menyarit berketi hikmah

Nan tersulam anyaman hawa menara
Agam berona biru runtun jiwa raga
Inilah hakikatnya
Maka kuterima hantarannya

Foto : `Azimin Daud
Karya terpelihara
'Azimin bin Said
16.1.2016
Balkoni Cengal Kondominim