Saturday, October 29, 2016

Dalam Perjalanan : Mengarang bukan di sangkar mengeram bukannya alpa


Setelah berketi alunan basmalah
bersulam hadiah tujuh ayat untuk sang kekasih
dan alam bersatu segenap petala
langit dan bumi
khatam empat rangkai zikir rahsia
sang bayu berbisik
alam bersatu 
utus seru menderu
untuk berfikir
ada getus suara
berdesing ke telinga kiri
hingga ke dini hari
bawa debar nan gelisah
diajar berdoa
zakarullahuman zakaronibilkhoir
ceritera bermula
episod demi episod
terakam dengan tafsiran
waminal wajibal walujud

Ilahi anta maksudi, waredhaka matlubi

Karya terpelihara Jejaka Bitara
Kampung Air Hitam Darat
Foto oleh `Azimin bin Daud
29.10.2016


No comments:

Post a Comment