Monday, June 15, 2009

1 Malaysia

Semua bangsa seia sekata,
Sebahu setia fahami madah;
Semarak rasa mendukung cita,
1 Malaysia laksana wadah.

Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

2 comments:

  1. Mintala maaf tidak berkenan langsung 1 Malaysia itu......Kalau diperbetulkan satu Malaysiapun tidak berkenan langsung......Sini sana acuan barat...........

    ReplyDelete
  2. Dari sudut positif :

    Dengan situasi sekarang, kita semua memerluakan sesuatu bagi membuka minda untuk masa depan yang lebih baik. Konsep 1 Malaysia ini jika ditinjau dari sudut sirah nabawi ia telahpun dilaksanakan (melalui suhul madinah = 1 negara Islam yang berpelembagaan. Di bawah 1 pemerintahan dan di bawahnya bebas beragama. Semua konsep kehidupan berlandaskan 10 piagam yang telah dipersetujui bersama-sama.

    Bagi pendapat saya, ini mungkin satu gimiks untuk 1 agenda lain yang lebih bagus. Islam Hadhari tidak akan berkubur malah ia seiiring dengan 1 Malaysia. ( Telahpun mengikuti satu bicara Diskusi Intelektual : 1 Malaysia dari Perspektif Islam yang disampaikan oleh Prof. Mohmood Zuhdi di DBP bersama tokoh ilmuwan yang lain )

    Sudut yang negatif :

    1 Malaysia baru sahaja berada pada tahap pengenalan. Belum difahami dan belum diperluaskan dengan kefahaman yang mapan. Jika tidak keterlaluan mungkin hanya sebagai satu slogan yang baik untuk rakyat Malaysia, tetapi ia tidak boleh jadi sebagai satu ideologi, sebab,secara tuntas ia masih tidak kukuh (kerana belum difahami - tujuan, matlamat, objektif, piagamnya, dll), jika dibandingkan dengan Islam Hadhari. Perlukan pengukuhan dengan berbincangan yang jitu dan berkesan untuk kemaslahatan negara.

    ReplyDelete