Saturday, December 19, 2009

Pasti Ada Bicara Rahsia


Paduka memanda asyik menyanyi,
Didengar pula puteri laksana;
Pasti ada rahsia sembunyi,
Disebalik arca melarik makna.

Senduduk diikat di batas sakar ,
Memetik peria dilanda bena;
Sambil melihat arca dilakar,
Mentafsir rahsia sebalik makna.

Jangan dinyira medu rasanya ,
Tapainya sudah diragi seia ;
Jangan dikira berapa jumlahnya,
Tapi kiralah simbolik rahsia.

2 comments:

  1. pahlawan melaka segak bergaya
    nama disebut serata dunia
    hamba datang bertanyakan berita
    apa khabar tuan hamba di sana.

    jejaka bitara gerangan namanya
    penolong editor di dewan bahasa
    sudah lama kita tidak bersua
    ingatkah lagi pada hamba

    ReplyDelete
  2. Gelap malam pasang lilin,
    Teranglah mata lihat buana;
    jenguk ke facebook mestilah rajin ,
    Berita semasa tercatat di sana.

    Lihat sana burung tempua,
    Terbang tinggi ke Pulau Dupa;
    Sudah lama tidak bersua,
    tidak bermakna hamba terlupa.

    ReplyDelete