Wednesday, January 2, 2013

Untukmu Zuhal



Alangkah indah tanpa diubah kedudukan Pluto di tempat Zuhal
sang Bumi nun jauh di sana cuma perhati kelibat Pluto dan Zuhal
indahnya Zuhal di mata Pluto

sang Bumi mengerti dan pasti
Zuhal sepi kerana Pluto
Pluto tetap masih di sana
jauh nun di sana

firasat Zuhal bergelora menerpa lagu rindu menyusun intrig cinta Pluto
rimas benak fikir Zuhal
melihat Pluto hanya di lakaran kertas tanpa tinta dan warna pastel
amarah dulu mungkin kan jadi murba
nestapa sirna lenyap di balik cahaya mentari sinar pagi
intai Zuhal kepada sang Bumi yang cukup mengerti dan menghargainya.

`Azimin Daud
2 Januari 2013
Cengal Kondominium

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kenapa saudara Mohd Muzammil Abdul Rahim keluarkan semula pendangan daripada kotak komentar ini ya?

    ReplyDelete
  3. Walaupun pluto jauh nun di sana tetapi masih bersama Zuhal mengelilingi matahari. Walaupun jarak memisahkan dua planet ini namun masih di orbit yang sama mengitari.

    Biarlah Pluto dan Zuhal bergerak secara semula jadi kerana kejora rindu pasti menemani.
    Pabila Bumi menjengah, Bumi yakin Pluto masih planet yang sama. Zuhal masih planet yang cantik gelangnya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih saudara kerana sudi membaca karya saya

    ReplyDelete