Wednesday, May 25, 2011

Apabila Si Dia Bertakhta di Hati

Atiq Rayyanah `Azimin
Tiga perkataan ini disusun rapi demi memberi makna dan aura positif ke dalam jiwa rodnya yang halus ciptaan dari-Nya
Yang Mulia Pintu Syurga Bagi Orang Yang Berpuasa Yang Agung
Lengkap dan sempurna sebagai satu ayat
Ada subjek dan predikatnya
Apabila si dia bertakhta di hati
Ya Allah bersyukur aku kepada-Mu


Bismillahirrahmanirrahim
Wahai roh Atiq Rayyanah `Azimin
jadilah engkau roh yang mentaati Allah
menyayangi abah dan juga ibu
serta berbakti kepada masyarakat

Dari telapak kakimu sebesar ibu jari abah
yang abah sambut dari rahim
abah qamatkan sebagai ucap selamat datang
Abg basuh urimu dengan air mutlak agar bersih dan suci
Detik demi detik abah dan ibu melihat telapak kaki itu mula membesar

Waktu abah sambut Atiq Rayyanah `Azimin dengan iqamat
matamu jelas merenung abah
Renungan matamu menyebabkan hati abah sayu
lalu tertitis mutiara jernih dari kolam mata yang begitu bening

Tanpa rasa malu
abah biarkan saya mutiara itu gugur dan jatuh dari kolam mata
Matamu masih setia menatap wajah abah
Syukur ya Allah
Terima kasih Atiq Rayyanah `Azimin kerana sudi menyambut ucap selamat abah dengan renungan matamu yang cukup indah

Cinta, kasih dan juga sayang
Benar kata orang
semuanya itu perlu dicari dan perlu diberi
Alhamdulillah Allah. Terima kasih Atiq Rayyanah `Azimin kerana sudi duduk bertahkta di hati abah

Hidup abah amat bahagia
Dulu sunyi
sekarang tidak
Dulu sepi
sekarang tidak
Dulu diam
sekarang tidak
Dulu senyap
sekarang tidak

Atiq Rayyanah `Azimin, jadilah anak yang berguna pada diri sendiri
Apabila berjaya pada diri sendiri
jangan lupa juga mesti berjaya dalam keluarga
Bermula sedari keluarga bawalah kejayaan itu kepada masyarakat
nusa dan juga bangsa
Jangan dilupa AGAMA

Telapak kaki yang dulunya sebesar ibu jari abah
sekarang sudah sebesar tapak tangan abah
Sudah semakin besar anak abah

Anak abah sekarang sudah pandai menyebut A,B,C
Anak abah sudah pandai membilang 1,2,3
Anak abah sudah pandai membunyi alif, ba, ta
Anak abah begitu lantang menyanyikan lagi burung kakak tua
enjit-enjit semut
dan rasa sayang eh!

Begitu gembira abah
Atiq Rayyanah `Azimin
Terima kasih kerana memberi abah cinta, kasih dan juga sayang
Abah sayang Atiq.

Foto : `Azimin Daud
Karya ; `Azimin Daud

6 comments:

  1. seronok, sebak, sayu membaca entri abang zimin. Atiq Rayyanah `Azimin...
    Kehadirannya sangat dinantikan...
    Keberadaannya usah abaikan...
    Keletahnya menjadi hiburan...
    semoga membesar menjadi anak yang solehah ye sayang...Singgah blog kami :)

    ReplyDelete
  2. abg min sgt touching kalau atiq besar die bace boleh terharuu :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Lyana. Hanya Lyana saja yang boleh merasakan perasaan itu.

    Terima kasih Ieka. Ieka suatu hari nanti Ieka akan rasa perasaan itu.

    ReplyDelete
  4. Atiq Raiyyanah,
    kelak besarmu berbaktilah kepada ibu dan ayah,
    kelak dewasamu tuailah kasih sayang kepada ibu dan ayah,
    kelak hidupmu sentiasalah berterima kasih kepada Allah;
    dikurniakan ibu dan ayah yang tidak pernah kenal erti susah dan payah.

    ReplyDelete
  5. Terharu....masuk habuk pula kt dlm mata ni... :)

    ReplyDelete