Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama sangat menyepikan diri. Biasalah sibuk dengan pelajaran. Sekarang ni cuti semester selama 4 bulan. Aduh, mati kutu dibuatnya apabila cuti lama sangat.
Oh iya, sekadar berkongsi ilmu. Pernah dengar fotogram tak? Ok ini peluang untuk mengetahui apa itu fotogram.
Fotogram adalah satu teknik pengambaran di bilik gelap dan merupakan suatu bentuk fotografi, seni melukis dengan menggunakan cahaya, dan tanpa kamera. Melalui teknik ini, sesiapa sahaja dapat merakam bayangan sesebuah benda, objek, dengan memanipulasi sinar sehingga terbentuk bayangan di atas sebuah kertas yang peka cahaya. Gradasi daripada bayangan yang terbentuk akan menghasil pelbagai imej bertona hitam, tergantung berapa lama (mengikut kiraan saat) kertas peka cahaya itu terekspose oleh cahaya. Bilik gelap umumnya berupa sebuah ruangan yang tidak terlalu besar, dinding dicat gelap tanpa jendela, atau dengan kata lain bilik tersebut kedap cahaya iaitu cahaya tidak dapat masuk dari luar. Fotografer akan diberi lampu pengaman (lampu merah – safe light ) ketika berada di dalam bilik gelap.
Bahan untuk menghasilkan fotogram di bilik gelap enlarger, developer, stop bath, fixer, air dan alat pengering film dan foto.
Ok ini adalah antara koleksi peribadi saya sendiri. Sekiranya anda yang sedang membaca ini berminat untuk memilikinya bolehlah hubungi saya di sini. Tentang harga? InsyaAllah berpatutan.
Tengoklah ya.
Fotogram yang di bawah ni telah memenangi tempat kedua dan pertama dalam Pameran Magika Sentuhan Emas 2011 di Dataran Minda Universiti Putra Malaysia. Saya tak letak tajuk ya. Ini adalah hak cipta terpelihara. Sesiapa yang nak copy paste minta izin dulu ya.
Fotogram ini dapat tempat kedua.
No comments:
Post a Comment