Pada awalnya ceria
damai
aman
begitu indah
Langit tidak selalu cerah
awan mendung datang
marah
bergaduh
bertengkar
semua orang di bumi lata mendengarnya
bertekak
tidak lagi damai
tidak lagi aman
tidak lagi indah
Awan kalah
dia menangis
petir bertempik
guruh memukul
awan terus menangis
aku sendiri di sini
melihat awan itu menangis
bingit telinga
mendengar petir bertempik
dan guruh memukul
aku cuma tersenyum
mentafsir semantik alam
simbolik hidup
di bumi lata
alhamdulillah
aku masih di sini
melihat awan
langit
dan pelangi
syukur kupanjatkan
aku masih lagi bebas
ke sana dan ke sini
tanpa diikat tali di kaki hati
tidak seperti orang lain
dirantai
untuk kebahagian yang bukan miliknya
Kulihat lagi
awan
langit
yang kadangkala bertengkar lalu menangis
menangis untuk diri sendiri tidak mengapa
tetapi menangis hingga bah
di bumi lata
kasihan mereka
gementar
takut
dihanyut bah
Pabila awan tidak menangis lagi
dan sang suria berjaya memujuk
jangan duduk terponggok
bangkit
bangun
jangan jatuh lagi
sakit semalam jangan diulang
jika diulang
ntah!
orang kata
bodoh!
Jendela masih setia bahunya disentuh siku sendiri
sambil menungkat dagu
dan mata masih merenung
awan
langit
petir
guruh
Syukur aku tidak dipukul guruh
aku tidak diletir petir
sebab itu aku tidak menangis
tersenyum
petir kilat saling berkait
ReplyDeletex pernah lekang akan bersama
perlu di ingat kasih dan sayang
utuhnya kerana dua jiwa yg bersama
Setiap orang ada taksirannya yang tersendiri
ReplyDelete