Friday, October 7, 2011

Sunyi dan Sepi Itu...


jatuhnya tanpa sebarang bunyi
dilempar batu itu di lubang perigi
jatuhnya jua tanpa sebarang bunyi
cuma sunyi dan sepi

sunyi dan sepi itu hikmah
sunyi dan sepi itu bicara hatiku
sunyi dan sepi itu resah jiwaku
sunyi dan sepi itu kesah nan berkesan

baruku tahu erti sunyi dan sepi
mereka nan sunyi dan sepi itu
pasti mampu menyelami ke dasar hatiku
pasti mampu menyelusuri jiwaku
pasti mampu bersama-sama kesahku

waktu sunyi dan sepi itu
meniupkan ilmu rahsia buana
tentang liburnya seorang teman yang mungkin lupa taulannya

waktu sunyi dan sepi itu
melayangkan satu warkah berguna
tentang telatah bergelar manusia
sahabat atau teman
yang kononnya bertemu kerana Allah
berkasih jua kerana Allah
berpisah kerana Allah

Senang lafaz itu diucapkan
mudah diliuk dan dilentukkan lidah
menyebut kata keramat kerana Allah
tapi bisakah ditunaikan kerana Allah?

Sukar untukku bergelar sahabat di sisimu
atau mungkin kutidak layak berada disampingmu
usaha telahku buatkan sebagai jambatan
penghubung jalin mesra
doa telahku panjatkan sebagai hamparan
kukuh ukhwah kita
al-Fatihah kuhadiahkan sebagai hantaran
persahabatan bahagia
tapi sekarang ini ia sunyi dan sepi

sunyi dan sepi itu
cukup menjadi guruku buat bekalan esok, lusa, tulat dan langkat

Alhamdulillah
sunyi dan sepi itu bermakna rupanya
buatku menerima ajaran hidup di bumi ini
bergelar manusia
yang mempunyai sahabat
buat teman bicara resah
buat taulan bicara gelisah
buat teman bicara gundah

terima kasih sunyi dan sepi itu

2 comments:

  1. Sunyi dan sepi itu anugerah Tuhan yang paling nikmat kerana kita dapat meneliti diri yang kekosongan.

    Dan sunyi sepi adalah sebuah kerinduan tidak bertepi.

    ReplyDelete
  2. Jika benar sunyi itu anugerah Tuhan, pasti sunyi terkandung berketi-keti kenikmatan.
    Jika kerian itu tidak bertepi maka yang benar-benar boleh membatasankannya hanya diri sendiri dan berfikiran positif.

    ReplyDelete